Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Kampung Ketakutan Diganggu ‘Pocong’

Penduduk sebuah kampung di Singkut, wilayah Jambi, Indonesia meluahkan ketakutan terhadap kelibat didakwa pocong yang sering dilihat di kampung mereka. 

penduduk kampung ketakutan diganggu ‘pocong’

Namun, dia kini mampu menarik nafas lega selepas kelibat didakwa pocong yang sering dilihat disahkan hanyalah patung kayu.

Advertisement

Menurut Ketua Kampung Argosari,  Wasianto dan penduduk bertindak dengan menyiasat perkara tersebut, mereka semua mengesahkan kelibat tersebut hanyalah sekadar patung pocong.

Ia ternyata hanya batang kayu dibalut dengan kain putih dan ditemui tergantung pada pokok.

Patung itu telah diturunkan dan pihaknya berharap ia tidak lagi ‘mengganggu’ orang ramai.

“Mungkin hanya gurauan orang yang tidak bertanggungjawab. Sekadar ‘prank’,” katanya.

Sumber: Kosmo Online / Newslan
 

SINAR Muzik Retro Terbaik