Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Gempar Tali Pocong Dicuri! Apa Motifnya?

Penduduk setempat gempar apabila mengetahui tali putih pengikat kain kafan jenazah dicuri setelah sebuah kubur digali di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur, Indonesia.

penduduk gempar tali pocong dicuri! apa motifnya?

Susulan kejadian itu, pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan pihak berkuasa menerima maklumat tentang kubur digali itu semalam.  

Advertisement

“Betul. Sebuah kubur telah digali. Tali pengikat kafan juga hilang,” kata ketua polis tempatan, Asisten Komisioner Abdul Rohman.

Menurutnya, pihak polis mengesyaki kecurian itu mempunyai kaitan dengan amalan  ilmu hitam.

“Tidak menolak kemungkinan itu (tali pocong) dijadikan syarat dalam ritual ilmu ghaib,” katanya.

Menurut Penghulu Kampung Plampangrejo, Banyuwangi, Yudi Wiyono, dia memaklumkan seorang penjaga kawasan perkuburan awam mendapati sebuah kubur digali sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan).

Setelah menyedari situasi itu, dia kemudian melaporkan penemuan itu kepada penduduk lain sehingga menyebabkan sejumlah orang datang untuk menyaksikan kubur tersebut.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik