Baru-baru ini, seorang pemandu e-hailing dikecam pengguna media sosial akibat memburukkan agama Islam dan Malaysia kepada dua pelancong dari England.

Menurut video tular berdurasi lebih dua minit, lelaki bernama Henry itu mendakwa tidak adil baginya kerana rakyat agama lain diminta untuk mengikut peraturan-peraturan agama Islam.
Advertisement
Malah, dia juga berkata negara ini dianggap tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan.
“Mereka minta untuk kita ikut agama dia, itu tidak adilkan? Mereka tidak minum, jadi mereka haramkan semua minuman keras.
“Tiada hiburan seolah-olah seperti duduk di dalam gua dan hutan,” katanya kepada warga asing tersebut.
Tambahnya, pemandu e-hailing itu turut mencadangkan pelancong berkenaan untuk terus bercuti di Thailand kerana negara itu mempunyai pelbagai hiburan.
Pelbagai reaksi yang diberikan warganet dan ia mendapat perhatian rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati kerana perbuatan Henry memburukkan negara dan agama Islam.
Sumber: Sinar Harian