Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelancong China ‘Keras Kepala’, Selamba Lastik Haiwan Di Zoo

Seorang pelancong China menjadi tumpuan di media sosial apabila videonya sedang melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand telah tular.

pelancong china ‘keras kepala’, selamba lastik haiwan di zoo

Kejadian berlaku di Zoo Terbuka Khao Kheow, wilayah Chonburi kelmarin dan pelancong tersebut menerima kecaman orang ramai terhadap tindakannya itu.

Advertisement

Rakaman itu jelas memaparkan pelancong itu menarik getah lastik lalu melancarkan ‘serangan’ ke arah kandang menempatkan badak air pigmi bernama Moo Deng. 

Beberapa pelancong lain daripada kumpulan sama hanya ketawa, seolah-olah tidak menyedari perbuatan tersebut berbahaya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik