Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Padah Bersunat Sendiri, Lelaki Terkejut Zakar Membengkak

Seorang lelaki di Taiwan cuba bersunat sendiri menggunakan kit 'do-it-yourself (DIY)' yang dibeli secara dalam talian menyesal selepas terpaksa menanggung kesakitan dan terpaksa dirawat di hospital.

padah bersunat sendiri, lelaki terkejut zakar membengkak

Menurut pakar urologi, Dr Chen Zhongzuo, beliau berkongsi kisah ngeri pesakit itu yang mengalami bengkak pada zakarnya kerana menggunakan kit yang dibeli dari aplikasi dalam talian.

Advertisement

“Pesakit mendakwa kit itu mengandungi ubat bius ringan yang disembur pada alat kelaminnya. Tetapi, prosedur membuang bahagian kulup telah menyebabkan kesakitan melampau kepadanya.

“Selepas tujuh hari menanggung sakit, lelaki itu akhirnya mendapatkan rawatan di hospital,” ujarnya.

Tambahnya, zakar pesakit itu mengalami jangkitan dan terpaksa diberikan antibiotik.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik