Baru-baru ini, seorang lelaki selamba melompat ke landasan Monorel Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan ia membahayakan nyawanya dan pengguna yang lain.

Kini, polis sedang mengesan lelaki terbabit dan siasatan akan dilakukan sejurus tangkapan lelaki itu.
Advertisement
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, video berdurasi empat minit itu dikesan kira-kira pukul 11.35 malam kelmarin.
Malah, laporan polis berkaitan kejadian ini sudah dibuat pihak polis bantuan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) sekitar 9.34 malam, semalam.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan).
“Usaha mengesan suspek dibuat polis bantuan Prasarana untuk menangkap penceroboh setakat ini bagaimanapun gagal,” katanya.
Tambahnya, pencerobohan ini dilakukan oleh lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.
Sumber: Kosmo Online