Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Norza Zakaria dimaklumkan tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 Paris.

Menurut MOM, pihaknya memaklumkan semua perbelanjaan untuk keluarganya dibiayai secara peribadi oleh Norza.
Advertisement
Malah, pihaknya dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hanya memudah cara akses bagi memastikan tiada sumber kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut.
Kehadiran keluarga Norza di Sukan Olimpik mematuhi sepenuhnya peraturan IOC dan MOM.
“Pada saat ini, adalah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada perkara paling penting, iaitu menghulurkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada atlet negara yang mewakili negara di pentas dunia.
“Marilah kita bersatu hati dan menyalurkan tenaga kita untuk meraikan pencapaian mereka dan menggalakkan usaha mereka,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online