Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Terkejut Tanah Mendap Di Kampung Attap? Betul Ke?

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila gambar memaparkan tanah mendap di Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap, di Kuala Lumpur telah tular.

netizen terkejut tanah mendap di kampung attap? betul ke?

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan dalam satu kenyataan, pihaknya mengesan kejadian itu tular hari ini dan ia disahkan merupakan kejadian lama.

Advertisement

“Dimaklumkan bahawa gambar tersebut merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya tidak menerima laporkan berhubung kejadian tanah mendap berhampiran Ibu Pejabat Bank Muamalat.

“Bagi kes di Kampung Attap, ada berlaku tanah mendap dua hari lepas (Selasa), tetapi tidak dilaporkan kepada bomba.

“Bagi kes di depan ibu pejabat Bank Muamalat, bomba tidak dapat sebarang aduan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik