Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Sangka Leona Hidap Tiroid, Pilih Buang Lemak Di Dagu

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menerima komen warganet dan membuat keputusan untuk menjalani prosedur membuang lemak pada dagunya.

netizen sangka leona hidap tiroid, pilih buang lemak di dagu

Malah, ramai juga yang menyangka Leona menghidap tiroid disebabkan perubahan bentuk tubuh badannya.

Advertisement

Rawatan yang disebut sebagai ‘fat melting’ itu dilakukan pakar di sebuah klinik yang bertujuan mengecilkan bahagian berlapis itu.

@ohbulanofficial Leona buat ‘fat melting’ pula. Kita doakan yang baik2 🥺🤲🏻 #ohbulan #sembangentertaiment #leona #buat #fatmelting ♬ original sound - OHBULAN!

“Hari ini saya buat rawatan yang dipanggil ‘fat melting’ (mencairkan lemak) dan mereka baru menyapu krim kebas. Jadi kita tengok hasilnya nanti,” katanya.

Video proses rawatan tersebut dikongsikan di laman TikTok miliknya dan dia turut memperincikan beberapa langkah dilakukan pakar terbabit.

Prosedur tersebut termasuk memeriksa kawasan lemak di bawah dagu, melukis menggunakan pensil khas, menyuntik serta membalut kawasan bermasalah.

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu mengakui memang memilih untuk membuat rawatan tersebut dan tiada paksaan daripada sesiapa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik