Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen ‘Bitter’ Anak Kak KM Dapat Hadiah Kereta Mewah, Duit RM10,000

Usahawan, Liana Rosli atau Kak KM memberikan hadiah untuk anak lelakinya, Faris Razman sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz berserta cek bernilai RM10,000.

netizen ‘bitter’ anak kak km dapat hadiah kereta mewah, duit rm10,000

Hadiah tersebut sebagai ganjaran anaknya yang berjaya meraih 6A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement

Malah, dia juga membuat kejutan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan dalam pelajaran serta tanda kasih sayangnya terhadap satu-satunya putera daripada empat beradik itu.

“Tahniah, sempena kejayaan abang, yang pertama ini kereta, nombor dua ni (cek).

“I love you anak mama. Sayang anak mama,” katanya.

Anaknya Faris terus memeluk ibunya setelah mendapat kejutan dan diberikan wang sebanyak RM10,000.

“Bukan senang tau nak dapat duit banyak ini,” luahnya.

Namun, pelbagai reaksi daripada warganet terhadap video perkongsian tersebut dan ramai juga yang turut bangga dengan pencapaian anaknya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik