Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Individu Selamba Hina Pesakit Kulit, Netizen Bagi Amaran!

Seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad telah berkongsi video dirinya dan dia memaklumkan dirinya menghidap Ichthyosis sejak lahir di laman TikTok miliknya.

individu selamba hina pesakit kulit, netizen bagi amaran!

Namun, pelbagai komen cemuhan terhadap dirinya terutamanya terhadap seorang pengguna TikTok ini.

Advertisement

“Spesies macam ni tak payah pakai minyak wangi. Bau kulit dia pun dah syahdu,” tulisnya di ruangan komen.

Ramai warganet yang simpati terhadap nasib yang menimpa Muhammad dan tidak berpuas hati terhadap individu yang memberikan komen-komen negatif.

“Hilang sabar aku dengan kau ni Sabarudin,” kata @yaya.

“Terpaling sempurna betul la si Sabarudin ni. Ya Allah, hilang sabar aku!,” luah @miingg.

“Cakap macam tu, sabar mat. Tunggu masa Allah balas balik dekat orang tu,” kata seorang lagi pengguna.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik