Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nak Amal Poligami? Peguam Pesan Suami Tidak Sembunyi Pernikahan Baharu

Baru-baru ini, ramai masyarakat Malaysia membuat pilihan untuk berpoligami di luar negara kerana prosesnya yang murah.

nak amal poligami? peguam pesan suami tidak sembunyi pernikahan baharu

Namun, para suami yang ingin mengamalkan poligami diingatkan supaya tidak menyembunyikan pernikahan bersama isteri baharu agar tidak menimbulkan sebarang masalah.

Advertisement

Tambah, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, golongan itu perlu bersikap bertanggungjawab dan berani, termasuk untuk tampil ke pejabat agama membuat permohonan mengikut saluran ditetapkan.

“Bagi saya, suami tak perlu khuatir. Kalau rasa mampu, tiada masalah. (Kalau) ada keperluan serta mampu berlaku adil dan tidak bawa mudarat kepada isteri, tidak perlu takut.

“Be a man' dengan cara lakukan proses pernikahan di sini (dalam negara).

“Meskipun persetujuan daripada isteri pertama tidak wajib, setidak-tidaknya hakim mahkamah boleh mendengar apa yang ingin disuarakan isteri pertama berkenaan permohonan suami,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik