Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Nak Cukur Rambut Anak, Tercukur Rambut Saya Pula’ - Da’i Syed

Pendakwah, Da’i Syed kini tampil dengan berimej botak berkongsi pengalaman dipenjara selama 21 hari sebagai tempoh yang pahit dalam hidupnya.

‘nak cukur rambut anak, tercukur rambut saya pula’ - da’i syed

Berusia 29 tahun, dia memaklumkan pengalaman tersebut mengajarnya menjadi individu lebih baik selain berpeluang berdakwah dalam penjara.

Advertisement

“Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Masuk penjara merupakan pengalaman yang sangat pahit. Gelap hidup saya pada saat itu.

“Tapi, Alhamdulillah kesihatan saya sepanjang dalam penjara baik, saya makan pun cukup. Cuma hari ini saya tak sihat sebab demam.

“Layanan dalam penjara pun sangat baik. Saya bersyukur dapat menyampaikan dakwah ajar orang mengaji dan menyambut Maulidur Rasul di dalam sana,” katanya.

Tambahnya, Syed berseloroh tidak menyangka rambutnya dicukur sedangkan niat asalnya mahu mencukur rambut anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

“Pada hari Jumaat itu (sebelum dipenjara)saya memang ada berniat nak cukur rambut anak saya.

“Ketika itu, saya baru luangkan masa bersama anak selama 16 hari. Tapi takdir Allah petang itu, saya berniat nak cukur rambut anak saya tapi rambut saya yang dicukur (selepas dijatuhkan hukuman penjara),” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik