Ramai warganet terkejut apabila seorang pengguna Facebook menyiarkan iklan yang mahu menjual sebuah katil kayu didakwa ‘berpenunggu’ pada harga hanya 500 baht (RM60).

Malah, katil sederhana dengan bingkai berukuran 91.44 sentimeter itu tidak lagi mengandungi azimat yang sebelum ini didakwa mengawal ‘penunggunya’.
Advertisement
Menyifatkan katil itu berfungsi sepenuhnya dan dalam keadaan baik, pemiliknya, Toeytoey Vichayapa berkata, terdapat bayang hitam yang akan muncul pada waktu malam.
Namun, katil itu berada di Kaset Nawamin, Bangkok dan ia sedia untuk dibeli oleh pemilik berani yang seterusnya.
Sumber: Kosmo Online