Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Mana Ada Saya Lari, Takkan Saya Nak Tunjuk Video?’ - Bapa Bayi Kronik

Baru-baru ini, Mohd Azlan Ishak, 35, lelaki tular sebelum ini kerana membawa Mohd Aariz Zafran, bayi lelaki berusia 11 bulan yang menghidap paru-paru kronik menaiki motosikal didakwa menghilangkan diri.

‘mana ada saya lari, takkan saya nak tunjuk video?’ - bapa bayi kronik

Justeru itu, dia memberikan reaksi dan diminta mengulas mengenai dakwaan tentang dirinya itu.

Advertisement

“Ada masalah jadi saya pergi selesaikan dahulu..takkan setiap kali selesai (masalah) nak buat video untuk tunjuk kepada semua?,” katanya.

Malah, dia juga mengulas tiada sebab untuknya menghilangkan diri kerana ada ketikanya dia tiada di rumah bagi menguruskan hal di luar, salah satunya ke pejabat agama Islam bagi menyelesaikan urusan perkahwinan.

“Sebelum ini tak berkemampuan kerana dahulukan belanja anak tapi kini ada kesempatan jadi dapatlah saya uruskan hal perkahwinan.

“Saya tak lari ke mana pun kerana ada saja di sini,” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak tahu mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia menerima RM200,000 selepas kisahnya tular.

“Saya pun tak periksa lagi akaun bank, buat apa periksa kerana duit sumbangan orang ramai masih ada pada tangan jadi gunakan yang itu dulu.

“Bukan nak menyombong cuma sebelum ini ada RM50 dalam tangan pun cukup dan sekarang lebih daripada itu jadi syukur Alhamdulillah.

“Tapi semoga apa mereka sebutkan (terima RM200,000) itu dimakbulkan. Mungkin itu doa mereka dan rezeki anak saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik