Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Makan Sampai Licin Tapi Tak Nak Bayar”

Seorang pelancong dari China enggan membuat pembayaran sebelum makan di sebuah gerai di Kompleks Chinatown, Singapura.

“makan sampai licin tapi tak nak bayar”

Kejadian tersebut mengundang perhatian warganet yang berlaku sekitar tengah hari pada 8 September lalu.

Advertisement

Berusia 34 tahun, pemilik gerai yang dikenali sebagai Yu itu memaklumkan pelancong tersebut membuat pesanan berharga SG$3.60 (RM12) tetapi berkeras untuk membayar selepas selesai makan. 

“Dia mendakwa bahawa orang di negaranya selalu bayar selepas makan. Dia kemudian menunjuk ke arah begnya dan memberitahu dia mempunyai wang,” kata Yu.

Namun, pelancong itu selamba meminta nasi serta lauk tambahan ketika kejadian.

“Saya meminta dia membayar pesanan awal terlebih dahulu sebelum menambah lebih banyak makanan tetapi dia menolak sambil mengulangi bahawa dia mempunyai wang. 

“Saya tidak pernah menghadapi situasi seperti ini. Saya memberitahunya bahawa dia menjejaskan perniagaan saya dan saya akan menghubungi polis,” tambahnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik