Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Sanggup Cederakan Diri Untuk Uji ‘Ilmu Kebal’ Di Pasar Seni

Seorang lelaki di Kutai Kartanegara (Kukar), wilayah Kalimantan Timur bertindak mencederakan dirinya sendiri dalam perbuatan yang dilakukan untuk menguji ilmu kebal telah dikejarkan ke hospital akibat pitam.

lelaki sanggup cederakan diri untuk uji ‘ilmu kebal’ di pasar seni

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kukar, Asisten Komisioner Jodi Rahman, pihaknya memaklumkan mangsa yang dikenali sebagai MT bertindak demikian ketika mabuk.

Advertisement

“Pelaku sedang dirawat di hospital. Berdasarkan maklumat yang kami dapat, dia mencederakan diri sendiri ketika mabuk,” katanya.

Tambahnya, perbuatan itu dilakukan di Pasar Seni, Kukar pada Khamis lalu.

“Tiada senjata tajam ditemui bersamanya ketika itu, manakala kecederaan yang dialami berpunca daripada serpihan kaca,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik