Seorang lelaki terperangkap dalam sebuah bank selepas pintu ‘roller shutter’ tertutup secara automatik selepas dia selesai mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM).

Menurut perkongsian di laman X, video itu jelas memaparkan lelaki itu kelihatan menoleh kebelakang untuk keluar dari premis berkenaan selepas selesai mengeluarkan wang, namun riak wajahnya bertukar bingung selepas dia melihat pintu itu sedang turun dengan perlahan.
Cukup masa dia terus tutup😬
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 28, 2024
Kredit video owner pic.twitter.com/kgoslQsnX8
Advertisement
Dia memandang ke arah rakannya yang sedang merakam kejadian itu untuk meminta bantuan kerana pintu itu sudah hampir tertutup sepenuhnya.
Beberapa saat kemudian, lelaki itu dilihat cuba menelefon seseorang untuk membantu dirinya
Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap kejadian yang berlaku itu dan ramai yang berkongsi pengalaman yang sama pernah terjadi kepada mereka.
Sumber: Kosmo Online