Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Kantoi Mengintai, Rakam Video Wanita Buang Air Besar

Seorang lelaki dipenjara setahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret dan Sesyen Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan iaitu mengaibkan dengan mengintai, merakam video seorang wanita membuang air besar dan memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit pada minggu lalu.

lelaki kantoi mengintai, rakam video wanita buang air besar

Tertuduh, Muhamad Aiman Aqmal Mohammad, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Advertisement

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud mengaibkan iaitu mengintai dan merakam video pada pukul 7.07 pagi, 31 Mei lalu yang menunjukkan seorang wanita berusia 48 tahun sedang membuang air besar di dalam tandas sebuah rumah di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbitnya dan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Pulau Kundor kira-kira pukul 11.40 malam pada 26 Ogos lalu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik