Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Didakwa Culik, Kumpul Bahan Lucah Kanak-Kanak

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas lapan pertuduhan melakukan culik, pengurungan salah dan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan serta memiliki bahan lucah, bulan lalu.

 lelaki didakwa culik, kumpul bahan lucah kanak-kanak

Tertuduh, Leang Win Son membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rasidah Roslee dan Siti Noraida Sulaiman.

Advertisement

Malah, lebih mengecewakan apabila dia didakwa menculik seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, kira-kira pukul 8.30 malam di Eco Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani, Iskandar Puteri pada 20 Julai 2024.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik