
Foto: KKM
Advertisement
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memecah kebisuan dengan pengumuman mengejutkan, semua penjualan dan pengiklanan produk ASGG Gluta Genc Glow Gummies DIHARAMKAN serta-merta selepas didapati melanggar Akta Makanan 1983.
Produk yang selama ini dipuja sebagai 'gula-gula pemutih kulit paling cepat berkesan' rupanya menyimpan rahsia gelap yang mengundang risiko kepada pengguna!
Di media sosial ramai terpedaya dengan rupa comel, rasa manis dan umpan untuk 'miliki kulit cerah dalam 7 hari'.
Tetapi KKM mengesan sesuatu yang lebih mengerikan iaitu kandungan meragukan, tidak mematuhi piawaian keselamatan makanan dan berpotensi memberi kesan kesihatan serius. Pendek kata, ASGG Gluta Genc Glow Gummies tidak seindah iklannya.

Foto Hiasan
Produk kecantikan bentuk gula-gula seperti ini sering dianggap selamat kerana dikatakan "macam makan snack je”. Tetapi hakikatnya pengguna cenderung untuk makan berlebihan. Sasaran utama produk ini ialah golongan remaja dan wanita muda. Kandungan tidak telus boleh merosakkan organ dalaman disertai interaksi bahan yang tak diketahui boleh mengganggu ubatan lain. Gula-gula ini mungkin manis, tetapi risikonya pahit.
Larangan KKM bukan main-main. Mereka menyeru orang ramai agar;
- Berhenti guna serta-merta
- Lapor jika ada kesan sampingan
- Jangan terpedaya dengan iklan glow segera
- Semak status produk sebelum beli
Fenomena gula-gula kecantikan ini dilihat semakin menjadi-jadi. Pengguna tertarik kerana menginginkan hasil cepat, tetapi ramai lupa bahawa produk yang selamat tidak akan menyembunyikan isi kandungan mereka.
Mengambil produk yang tidak diketahu asal usul dan tanpa kelulusan ibarat menempah bala sambil mengunyah.
Larangan terhadap ASGG Gluta Genc Glow Gummies adalah wake-up call kepada semua.
Sayangilah diri anda apa adanya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia