Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kieda Berputih Mata Barang Kemas RM800,000 Lesap

Baru-baru ini, seorang usahawan pencuci mulut ‘berputih mata’ apabila mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas dipecah masuk penjenayah pada April lalu.

kieda berputih mata barang kemas rm800,000 lesap

Menurut perkongsian Siti Nur Khalieda Yusra iaitu pemilik Kieda Crepe di laman TikTok miliknya, dia memaklumkan kejadian itu pada malam Ahad selepas 40 hari kejadian berlaku.

Advertisement

Malah, dia juga memaklumkan kejadian berlaku pada 25 April lalu, antara jam 8 hingga 11 malam.

Kejadian pecah masuk itu disedari mereka ketika pulang ke rumah selepas selesai berniaga.

“Pada hari berkenaan, kami baru balik ke rumah pada jam 11.40 malam. Suami, Mohd Hilmy Mohd Zaki masuk ke rumah dahulu sementara saya dan anak-anak berada di dalam van.

“Suami menyedari ada yang tak kena dengan rumah kami apabila mendapati keadaan rumah tidak seperti biasa kerana langsir terangkat dan ada baju kurung atas kusyen,” katanya.

“Ini kerana, pada jam 7 malam hari sama, dia pulang ke rumah untuk menyediakan keperluan anak dan mengemas rumah,” katanya.

Selepas mendapati ada sesuatu berlaku, suaminya meminta dia menghubungi sepupunya yang tinggal berdekatan untuk bantuan.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik