Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dakwaan Rogol Mondy Tattoo, Ebit Lew Tidak Akan Didakwa

Kes melibatkan Ebit Lew dan pempengaruh Indonesia Mondy Tattoo yang didakwa dirogol pendakwah itu mendapat perhatian warganet.

Baru-baru ini, tiada pendakwaan akan dibuat terhadap Ebit Lew membabitkan kes tersebut.

Advertisement

dakwaan rogol mondy tattoo, ebit lew tidak akan didakwa

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit memaklumkan perkara tersebut selepas diberitahu polis semalam.

“Polis selesai siasatan rogol yang didakwa Mondy terhadap Ebit baru-baru ini selepas laporan polis dibuat Mondy pada September 2023.

“Keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tidak meneruskan pendakwaan kerana tiada kes.

“Jadi Ebit Lew tidak akan dituduh sebab tiada kes dan barang kes seperti telefon bimbit dan simkad dipulangkan semalam,” katanya.

Tambahnya, dakwaan terhadap Ebit adalah serius dan mencemarkan nama pendakwah itu.

“Kes saman fitnah terhadap Mondy diteruskan di Mahkamah Shah Alam dan kini di peringkat penilaian ganti rugi, mahkamah akan memberi kuantum pada 1 Julai nanti,” katanya.

Untuk rekod, kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal itu diserahkan kepada AGC pada 11 Oktober tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dipetik berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dirujuk kepada AGC untuk tindakan lanjut.

Pada 29 September tahun sama Mondy Tattoo antara 10 individu yang diambil keterangan bagi membantu siasatan kes rogol Ebit Lew.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik