Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pernah Tak Siang Sihat Tetapi Malam Tiba-Tiba Demam? Rupa-Rupanya Ini Sebabnya!

pernah tak siang sihat tetapi malam tiba-tiba demam? rupa-rupanya ini sebabnya!

Gambar Hiasan

Advertisement

Pernah tak siang rasa segar bugar, tetapi bila malam datang tiba-tiba badan panas, kepala berdenyut, menggigil sampai tak boleh tidur? Macam pelik, kan? Seolah-olah demam ni memang “tunggu waktu malam” untuk menyerang.

Tetapi sebenarnya, bukan kebetulan. Ada sebab saintifik di sebaliknya.

Dalam tubuh kita ada satu hormon penting bernama kortisol. Ia berfungsi sebagai “brek” kepada sistem imun untuk mengawal tindak balas pertahanan badan supaya tak terlalu agresif.

Namun, paras kortisol akan menurun pada waktu malam. Bila brek ini dilepaskan, sistem imun jadi lebih aktif dan mula melepaskan bahan kimia dipanggil cytokine seperti IL-1, IL-6 dan TNF-α untuk melawan virus yang menyerang.

Kedengarannya bagus, kan? Tetapi inilah yang membuatkan demam naik pada waktu malam.

Cytokine yang dilepaskan tadi memberi isyarat kepada otak atau tepatnya di bahagian hipotalamus, pusat kawalan suhu badan.

Otak mula menganggap suhu normal 37°C terlalu rendah, lalu menetapkan “set point” baru, contohnya 38.5°C. Maka badan pun mula bekerja keras untuk capai suhu itu dengan cara:

  • Mengecutkan salur darah supaya haba tak keluar.
  • Menggigil kuat untuk hasilkan haba tambahan.

Itulah sebabnya kita rasa menggigil walaupun badan panas. Dan bila suhu dah sampai ke tahap baru, kulit mula merah dan muka terasa membahang.

Menjelang pagi, apabila paras cytokine menurun semula, suhu badan pun jatuh sebab itu kita mula berpeluh banyak selepas demam memuncak.

pernah tak siang sihat tetapi malam tiba-tiba demam? rupa-rupanya ini sebabnya!

Gambar Hiasan

Ramai anggap makan paracetamol akan “ganggu” sistem imun, tetapi sebenarnya tidak. Ubat demam tidak menghalang badan daripada melawan virus, ia hanya membantu kita untuk rasa lebih selesa, supaya boleh berehat dan tidur dengan baik.

Jika suhu melebihi 38.5°C, atau badan terlalu lemah sampai tak boleh rehat, ubat demam boleh diambil. Rehat dan hidrasi tetap yang paling penting kerana air ialah senjata utama tubuh untuk melawan demam.

Demam bukan tanda lemah. Ia tanda tubuh sedang bekerja keras mempertahankan diri daripada penceroboh halus seperti virus dan bakteria.

Jadi lain kali apabila demam datang pada waktu malam, jangan panik.

Badan kita tidak kalah, ia sedang berperang untuk menyembuhkan diri sendiri.

Sumber: Public Health Malaysia

SINAR Muzik Retro Terbaik