Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Setiap Kedut Ada Cerita? Jom Kenali Kategori Usia Warga Emas

setiap kedut ada cerita? jom kenali kategori usia warga emasFoto sekadar hiasan

Mengenali Kategori Usia Warga Emas

Advertisement

Dalam kajian gerontologi, individu warga emas sering diklasifikasikan mengikut julat usia tertentu:

  • Sexagenarian: 60 hingga 69 tahun
  • Septuagenarian: 70 hingga 79 tahun
  • Octogenarian: 80 hingga 89 tahun
  • Nonagenarian: 90 hingga 99 tahun
  • Centenarian: 100 tahun ke atas
  • Supercentenarian: 110 tahun ke atas

Golongan ini bukan sekadar angka, tetapi penyimpan sejarah yang telah menyaksikan perubahan zaman, perjuangan kehidupan, dan warisan nilai budaya yang tidak ternilai.

 

 

Setiap Kedut Ada Cerita

Wajah yang dimamah usia menyimpan ribuan kisah. Mereka pernah merasai kesusahan tanpa kemudahan moden, membesarkan keluarga dengan penuh kecekalan dan menjalani kehidupan yang kini hanya tinggal kenangan. Kedutan pada wajah mereka adalah lambang ketabahan dan kebijaksanaan.

Selagi Mereka Masih Ada

Jangan tunggu sehingga mereka tiada. Ambil peluang untuk mendekati mereka. Peluklah mereka, tanyakan kisah lama, dengarlah pengalaman yang tidak tertulis di mana-mana buku. Rakam suara mereka, simpan gambar bersama mereka, dan hayati setiap detik yang diluangkan bersama.

Apabila mereka pergi, cerita-cerita itu juga akan lenyap bersama mereka.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

SINAR Muzik Retro Terbaik