Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kematian Misteri? Penduduk Terkejut Temui Rangka Dipercayai Manusia

Penemuan satu rangka dipercayai manusia di dalam kebun durian di tepi Jalan Yong Peng – Muar berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau di Batu Pahat pagi tadi telah mengejutkan penduduk setempat.

kematian misteri? penduduk terkejut temui rangka dipercayai manusia

Kejadian tersebut telah menjadi bualan penduduk setempat dan pihak Polis Daerah Batu Pahat telah mengesahkan ia benar terjadi.

Advertisement

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, rangka itu ditemui oleh seorang lelaki warga tempatan kira-kira pukul 11.15 pagi.

Pihaknya turut menjumpai sebuah motosikal, satu rangka dipercayai tubuh manusia bersama pakaian, dokumen diri dan barang-barang peribadi.

“Kesan kerosakan pada motosikal dijumpai itu dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya dan berkemungkinan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Motosikal mangsa disyaki telah terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang letrik menyebabkannya terhumban ke dalam semak serta curam di dalam kebun berkenaan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik