Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kematian Mengejut! Senaman Berat Waktu Malam Punca Serangan Jantung

Senaman berat pada waktu malam boleh mengganggu kualiti tidur yang menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung bagi sesetengah individu.

kematian mengejut! senaman berat waktu malam punca serangan jantung

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mohammad Farhan Rusli, dia memaklumkan waktu tidur yang tidak berkualiti itu juga boleh menjadi punca serangan jantung dalam jangka panjang.

Advertisement

“Bagi kebanyakan orang, senaman yang dilakukan dengan betul atau pada masa yang sesuai tidak akan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius.

“Penting untuk kita mengetahui isyarat tubuh sendiri dan berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti serta senaman yang intensif.

“Ini termasuk berlatih untuk pertandingan Ironman atau maraton yang panjang dan sebagainya,” katanya.

Dia juga tidak menafikan senaman amat digalakkan bagi setiap individu tetapi senaman yang berat terutamanya waktu malam boleh menyebabkan serangan jantung.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik