Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita bersama tiga orang anaknya terjatuh ke dalam sungai di Bagan Serai, Perak.

Menurut perkongsian di laman TikTok @Mrkay, kereta wanita tersebut terbabas melanggar tiang dan kemudian jatuh ke dalam sungai.
Advertisement
Beberapa penduduk kampung bertindak pantas menyelamatkan mereka dalam kereta yang hampir tenggelam.
Anak-anak kecilnya dilihat menangis ketika kejadian itu berlaku dan mereka memanggil meminta pertolongan.
Warganet juga mengucapkan syukur kerana kesemua mangsa selamat dan berterima kasih atas tindakan pantas menyelamatkan mereka.
Sumber: Kosmo Online