Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Keluarga Risau, Effzaldanish Hilang Ketika Pergi Sekolah

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh di sini dilaporkan hilang sejak semalam ketika ke sekolah pagi semalam.

keluarga risau, effzaldanish hilang ketika pergi sekolah

Kira-kira pukul 7.10 pagi, remaja dikenali sebagai Muhammad Effzaldanish dilaporkan hilang dan kali terakhir remaja itu dilihat berjalan kaki menuju ke sekolah dengan berpakaian lengkap sekolah menengah.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya memaklumkan dia mengesahkan laporan tersebut.

Malah, polis kini sedang melakukan siasatan dan keterangan beberapa orang saksi berhubung kejadian.

Orang ramai diseru untuk memaklumkan segala informasi berkaitan dengan menghubungi balai polis berdekatan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik