Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kejam! Mayat Bayi Ditemui, Ditanam Dalam Simen

Individu terkejut apabila menemui mayat reput dipercayai bayi ditemui ditanam dalam simen di kawasan tempat letak kereta sebuah rumah di Taman Sri Rokam di Ipoh, Perak hari ini.

kejam! mayat bayi ditemui, ditanam dalam simen

Pengadu berusia 37 tahun telah menemui mayat tersebut pada pukul 11 pagi itu susulan kerja-kerja baik pulih rumah.

Advertisement

Ketika kejadian, lelaki itu telah mengorek tanah untuk menyimen semula lantai di tempat letak kereta sebelum terjumpa cebisan kain sarung.

Lelaki itu terkejut selepas melihat terdapat objek menyerupai mayat bayi di sebalik kain tersebut.

Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat berkenaan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik