Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kejam! Lelaki Bunuh Isteri Masih Diburu

Suspek lelaki warga Myanmar, suami kepada wanita warga asing yang maut akibat ditikam dengan senjata tajam di tingkat tiga, Flat Taman Indah, Batu Maung, kelmarin masih diburu pihak polis.

kejam! lelaki bunuh isteri masih diburu

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, pihaknya percaya tangkapan ke atas suspek, Khin Mg Myo, 34, akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Advertisement

“Suspek juga ada satu rekod lampu bersabit Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan, namun bukan melibatkan mangsa yang sama,” katanya.

Semalam, seorang wanita berusia 30-an ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman pada dada, leher dan kaki dipercayai ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam kelmarin.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi menuju jalan penyelesaian terhadap kes kejam ini.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik