Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kehilangan Leo Jia Hui Masih Disiasat, 3 Individu Ditahan

Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika bermain di pusat perniagaan Eco Galleria 3, Taman Botani di Iskandar Puteri pada Sabtu lalu mendapat perhatian orang ramai.

kehilangan leo jia hui masih disiasat, 3 individu ditahan

Justeru itu, tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengenai kes tersebut.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, pihaknya memaklumkan individu terbabit terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 28 hingga 55 tahun.

Ketiga-tiga suspek ditahan di kawasan Iskandar Puteri kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Perkembangan terkini kes kehilangan kanak-kanak berusia 6 tahun, Albertine Leo Jia Hui, polis telah melakukan tangkapan ke atas dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan cara yang salah,” katanya.

Setakat ini, kanak-kanak tersebut masih belum ditemui dan pihak polis sedang giat menjalankan pencarian terhadap mangsa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik