Seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu masih tidak menemui petunjuk walaupun hampir keseluruhan kawasan taman perumahan dan bandar sudah diperiksa.

Advertisement
Malah, kehilangannya masih menjadi tanda tanya apabila gagal ditemui sebarang bukti dan petunjuk setakat ini.
Menurut Abdul Halid Sugiman, dia memaklumkan kehilangan Hafiz Fauzan yang juga anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu seakan misteri apabila gagal ditemui termasuk motosikal ditunggangnya ketika keluar dari rumah di Bandar Putera Indah, Batu Pahat.
Tempoh cuti persekolahan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja, ia semakin memberikan tekanan kepada keluarga memikirkan keselamatan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja itu.
“Soalnya sekarang dimana dia berada? Usaha pencarian oleh semua ahli keluarga termasuk saudara terdekat dilakukan tanpa henti termasuk solat hajat mohon petunjuk kedudukan anak saya.
“Andainya berlaku sesuatu, sudah pasti ia sudah tersebar namun hingga kini kehilangannya terus menjadi misteri,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.
Dia berharap bantuan orang ramai untuk tampil jika menemui sebarang tanda berkaitan anaknya untuk tindakan selanjutnya diambil pihak polis.
Sumber: Kosmo Online