Baru-baru ini, kebanyakan jemaah haji Indonesia yang pulang ke Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menjadi bualan pengguna media sosial kerana memakai pelbagai jenis busana ‘kelip-kelip’ sebaik turun di lapangan terbang.

Seramai 450 jemaah haji kumpulan pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Ahad lalu.
Advertisement
Malah, mereka mengenakan pakaian khas suku Bugis dan Makassar yang mempunyai warna terang.
Aksesori seperti barangan kemas dan hiasan manik berkilau turut dipakai mereka ketika disambut para staf dan keluarga.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Haji Makassar, Ikbal Ismail, pihaknya memaklumklan jemaah yang memakai pakaian seumpama itu adalah adat penduduk setempat yang sering dilakukan oleh jemaah yang baru pulang daripada menunaikan haji.
“Saya tidak mampu melarang kerana ia adalah budaya mereka yang mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa mereka sudah menunaikan haji,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online