Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila penduduk sekitar terkejut apabila melihat jasad manusia yang dibawa kereta mayat tercampak keluar ke atas jalan raya.

Sehubungan itu, sebuah syarikat pengurusan pengebumian di Poland memohon maaf susulan kejadian tersebut dan mengakui kekhilafan pihak mereka.
Advertisement
Ketika kejadian, syarikat Perkhidmatan Pengebumian Hades itu sedang memindahkan mayat di Stalowa Wola, tenggara Poland apabila fungsi kunci elektrik kenderaan itu rosak.
Ia menyebabkan mayat yang dibawa terjatuh di atas jalan raya.
Malah, seorang lelaki sedang memandu di jalan tersebut Jumaat lalu terkejut melihat mayat di tengah jalan.
Pada mulanya, pemandu tersebut menyangka dia melanggar seseorang, namun mendapati jasad manusia itu tercampak keluar daripada kereta mayat.
Rakaman di lokasi kejadian jelas memaparkan mayat terbaring di atas lintasan pejalan kaki.
Sumber: Kosmo Online