Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Jangan Seronok Sangat” - Kematian Ismail Haniyeh ‘Akan Dibalas’

Berita duka diterima apabila kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengesahkan bahawa ketuanya, Ismail Haniyeh terbunuh dalam ‘serbuan’ Israel di kediamannya di Tehran, hari ini.

 “jangan seronok sangat” - kematian ismail haniyeh ‘akan dibalas’

Malah, sebilangan tokoh kanan Hamas lain termasuk Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyifatkan kematian Ismail sebagai ‘pembunuhan’ dan berikrar untuk membalasnya. 

Advertisement

Menurut Kor Pengawal Revolusi Iran, pihaknya memaklumkan siasatan lanjut masih berjalan dan punca kematian Ismail masih belum diketahui.

“Ismail dilaporkan meninggal dunia selepas menyertai acara pelantikan presiden baharu (Iran), Masoud Pezeshkian yang mengangkat sumpah pada Selasa (semalam),” katanya.

Setakat ini, Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kematian mengejutkan itu. 

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik