Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ini Antara Fakta Mengejutkan Kes Zulfarhan Yang Perlu Anda Tahu!

Sedih dan pilu apabila keluarga arwah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain mendengar fakta kes yang dibacakan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail pada Selasa.

Berikut merupakan antara fakta kes bunuh Zulfarhan yang mengejutkan yang perlu anda tahu!

Advertisement

Saksi ke-23, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia menulis dua surat layang yang setiap satu diselitkan di pintu pagar hospital dan pintu bilik jurulatih tetapi tidak dihiraukan.

ini antara fakta mengejutkan kes zulfarhan yang perlu anda tahu!

Salah satu surat itu berbunyi:

"Kalau ada hati perasaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush billk 4-10, Blok Satria (depan masjid)."

Saksi ke-24, Ahmad Senabil Mohamad berkata, arwah diseksa dua malam berturut-turut. Malam pertama dipukul, diterajang. Malam kedua diseterika dan hanya terhenti ketika azan Subuh.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Salah seorang tertuduh, Muhammad Ashraf Abdullah memberitahu mahkamah bahawa bapanya mempunyai kebolehan (bomoh) untuk 'tengok' siapa yang mencuri komputer riba itu.

Ada tiga nama yang disebut bapanya iaitu Zulfarhan, Naim dan Izzat Amir tetapi hanya Zulfarhan menjadi mangsa.

Pakar patologi dari HUKM, Dr Salmah Arshad mengesahkan terdapat 90 kesan tekapan seterika wap pada 80 peratus badan mangsa termasuk kemaluan. Seluruh badan arwah cedera kecuali muka dan telapak tangan.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik