Baru-baru ini, sebuah video tular menunjukkan sebuah van jenazah didakwa telah dicuri dan dikejar sekumpulan lelaki di Kajang.
Namun, ia hanyalah salah faham dalam kalangan penduduk sehingga menyebabkan pemandunya panik selepas dikejar sekumpulan lelaki tersebut.
Advertisement

Difahamkan, pemandu van itu yang tersalah alamat terpaksa melarikan diri selepas dituduh mencuri dan melakukan pecah rumah di Kajang.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya memaklumkan telah mengesan sebuah video tular di TikTok @PakLiyy96 dipercayai berlaku di kawasan Hulu Langat.
@pakliyy96 Tolong tolong van jenazah kene curi pastu buat jop pecah rumah no plat van wtk 7726 area kajang#fyp #viral #kespecahrumah #fyp#viralvideo ♬ original sound - PAKLIYY96™️
Pemandu van jenazah itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 3.58 petang semalam.
“Pengadu memandu van jenazah itu ke satu kawasan perumahan di Kajang untuk dihantar kepada mekanik (tetapi) sudah tersalah alamat jadi dia pandu perlahan.
“Namun, keadaan itu menimbulkan salah faham sehingga dia ditahan sekumpulan lelaki yang menuduhnya memandu kenderaan curi dan terbabit kes pecah rumah di kawasan berkenaan.
“Kumpulan lelaki itu cuba menyerang dan mengejar pemandu dengan kayu dan besi menyebabkan dia terpaksa melarikan diri bersama van tersebut,” katanya.
Sumber: Kosmo Online