Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar 16 Tahun Harumkan Nama Malaysia, Menang Apple’s Swift Student Challenge 2024

Baru-baru ini, seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun mengharumkan nama negara setelah memenangi pertandingan mencipta aplikasi Swift Student Challenge (SSC) 2024 anjuran syarikat Apple.

pelajar 16 tahun harumkan nama malaysia, menang apple’s swift student challenge 2024

Nur Alia Jannah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeksen 16 Shah Alam dinobat sebagai pemenang pertandingan itu setelah berjaya mencipta ‘Tracklist’ iaitu aplikasi semakan muzik.

Advertisement

Malah, ilmu dan kemahiran dalam mencipta pengekodan diperoleh dengan hanya belajar secara sendiri.

“Saya terlibat dalam pengekodan selepas mengetahui SSC dan diilhamkan oleh aplikasi yang dipamerkan di Apple’s Worldwide Developers Conference (WWDC) 2021,” katanya.

Tambahnya, dia mahir dengan kemahiran pengekodan dan mempunyai pengetahuan luas dalam ‘review muzik’.

“Pada mulanya, saya mereka bentuk aplikasi untuk mengesan beberapa lagu tertentu yang saya dengar. Contohnya, ‘review; saya tentang album, artis atau lagu.

“Kemudian, saya sedar tidak ada aplikasi untuk orang membuat ‘review’ lagu,” jelasnya

Sumber: Sinar Bestari
 

SINAR Muzik Retro Terbaik