Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kos Ditanggung Hanya Untuk Delegasi MOM Sahaja

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila warganet mendakwa Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke temasya tersebut.

kos ditanggung hanya untuk delegasi mom sahaja

Menurut Majlis Sukan Negara (MSN), pihaknya dalam kenyataan memaklumkan semua kos pembiayaan untuk delegasi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 adalah di bawah tanggungan majlis itu sendiri.

Advertisement

Namun, kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

“MSN hanya bertanggungjawab membiayai kos perbelanjaan membabitkan atlet, jurulatih, pegawai MSN, Institut Sukan Negara (ISN) dan operasi Malaysia House untuk temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis,” katanya.

Penjelasan itu dibuat susulan kritikan yang dibuat ke atas Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria berhubung penularan gambar keluarganya di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik