Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bukan Toyol Je Curi Duit, Ini 3 Lagi Jenis ‘Hantu Scammer’ Anda Patut Tahu! Seram!

Hantu sekarang makin seram dan bahaya!
Hanafis Haris
12 May 2023, 02:32 PM

Artikel ini ditaja oleh Bank Negara Malaysia

Jangan tertipu dengan hantu scammer

Kredit: Bank Negara Malaysia

Sebut saja pasal toyol, mesti dah terbayang makhluk hijau seperti kanak-kanak kecil yang menyeramkan.

Menjelang malam, toyol ni sering menyelinap masuk rumah untuk mencuri duit. Yup, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, memang toyol cukup sinonim dengan curi duit.

Curi pula bukan sikit, ada yang sampai ‘berputih mata’ sebab duit mereka hilang sampai RM3,000

Tapi tahu tak sebenarnya ada lagi makhluk yang dahagakan duit anda?

Jaga-Jaga Dengan 3 Jenis Hantu Ni, Duit Boleh LESAP Sekelip Mata!

#1 Hantu APK Malware... Tunggu Masa Anda Klik Je!

Skala Seram: 10/10 👻

Jenis hantu scammer, hantu apk malware

Kredit: Bank Negara Malaysia

Licik! Memang anda kena jaga-jaga kalau terserempak dengan hantu jenis ni sebab duit boleh lesap dalam sekelip mata. 

Bezanya dengan toyol, hantu scammer ni suka menyelinap masuk media sosial untuk tawarkan perkhidmatan menarik seperti perkhidmatan dandanan haiwan peliharaan, pembelian Android TV Box serta servis cucian rumah.

Contohnya ketika kita semua sibuk buat persiapan raya haritu. Lepas dah klik tawaran perkhidmatan cucian rumah, hantu scammer ni akan meminta anda muat turun aplikasi mencurigakan. 

Aplikasi ini juga akan meminta kebenaran anda untuk hantar dan melihat SMS anda. Jika anda memberi kebenaran, aplikasi ini akan membawa anda ke laman pembayaran palsu. Di sinilah scammer akan mencuri maklumat perbankan anda.

Masa ni lah, duit dalam akaun akan dicuri tanpa disedari. 

Jangan sesekali terpedaya, tengok ni 👇

Petua elak hantu scammer APK malware: Jangan percaya tawaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, tekan apa jua pautan yang mencurigakan atau muat turun aplikasi daripada laman tidak rasmi. Sekali anda muat turun, boleh lesap duit!

#2 Hantu Akaun Keldai, PUKAU Serahkan Kad ATM dan Akaun Bank!

Skala Seram: 10/10 👻

Jenis hantu scammer, hantu akaun keldai

Kredit: Bank Negara Malaysia

Level seram hantu jenis ni pun lain macam sebab kerjanya ‘mencuri’ kad ATM atau akaun bank! 

Sekarang kan ramai nak cari duit lebih, memang dia pasang perangkap lah! Hantu scammer ni tawarkan duit lumayan, tapi dengan syarat kena serahkan akaun bank atau kad ATM!

Itulah namanya akaun keldai! Kalau nak tahu akaun keldai adalah individu yang menyerahkan kad ATM miliknya kepada pihak ketiga dan akaun bank tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah untuk menjalankan pemindahan wang haram.

Memang berputih mata lah anda jika terpedaya!

Jangan sesekali terpedaya, tengok ni 👇

Petua elak hantu scammer akaun keldai: Jangan sesekali serahkan kad ATM, meminjam akaun bank serta kongsi ID pengguna dan kata laluan bank anda kepada sesiapa pun. Padah terjerat jadi akaun keldai. Ia bukan sahaja satu kesalahan jenayah tetapi akan megakibatkan anda sukar mendapat kerja, menerima gaji serta menjalankan perniagaan tau! Makin melampau ‘hantu scammer’ sekarang! 😤

#3 Hantu Pinjaman Tak Wujud Ghaib! Skala Seram 10/10

Skala Seram: 10/10 👻

Jenis hantu scammer, hantu pinjaman tak wujud

Kredit: Bank Negara Malaysia

Ni lagi berganda! Sebabnya hantu ni boleh ‘pukau’ untuk dapatkan duit yang banyak dengan buat pinjaman peribadi. 

Kononnya pinjaman hantu ni boleh lulus dalam tempoh 24 jam dengan kadar bunga yang amat rendah! Terliur masing-masing, nak berbelanja mewah, baju baru, sofa baru, kereta baru kan?

Tapi hujung-hujung, anda yang merana sebab kena bayar yuran pemprosesan atau wang pendahuluan sebelum pinjaman lulus!

Antara alasan digunakan termasuklah bayaran guaman, insurans, bayaran untuk pengaktifan akaun dan sebagainya.

Jangan sesekali terpedaya, tengok ni 👇

Petua elak hantu scammer pinjaman tak wujud: Kalau anda nak buat pinjaman sekali pun, mohon dekat saluran yang sah dari bank-bank yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau syarikat pinjaman wang berlesen yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Ingat! Bank tidak sesekali minta anda bayar yuran proses untuk luluskan permohonan.

Apa Perlu Buat Jika Terjumpa Hantu Scammer Ni?

Dah kenal dengan hantu-hantu scammer ni? Jangan sesekali terpedaya dengan segala taktik penipuan mereka.

Lindungi diri anda dengan lakukan perkara penting ini:

👻 Hubungi pihak bank atau NSRC di 997 untuk melaporkan penipuan.

👻 Perlu diingatkan, bank tidak akan menghantar SMS kepada anda dengan pautan link atau nombor untuk dihubungi. Jangan hubungi atau klik, kerana ini adalah taktik pancingan data. 

👻 Sentiasa rujuk laman web rasmi bank untuk mendapatkan nombor rasmi untuk menghubungi semula atau mengesahkan maklumat.

👻 Sentiasa taip keseluruhan URL apabila mengakses akaun perbankan dalam talian anda.

👻 Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan perbankan, nombor OTP atau PIN dengan sesiapa sahaja, termasuk pasangan anda.

👻 BNM, PDRM, LHDN, Kastam atau agensi kerajaan lain tidak akan menghubungi atau memindahkan panggilan anda antara agensi yang berbeza untuk menjalankan siasatan atau mendapatkan maklumat perbankan anda seperti log masuk pengguna, kata laluan atau nombor OTP.

Alamak, Anda Mangsa Penipuan? Ikuti Langkah Ini 💪 

#1 Kalau anda rasa telah jadi mangsa penipuan, segeralah hubungi nombor talian hotline 24 jam bank atau NSRC (National Scam Response Center) di 997 (dari 8 pagi - 8 malam) SEGERA untuk mengelakkan kerugian selanjutnya dan membuat laporan polis selepas itu. 

#2 Ikuti halaman Facebook Amaran Scam untuk mengikuti perkembangan terkini modus operandi penipuan kewangan dan petua pencegahan. 

#3 Jangan lupa tonton Siri Seram Scam di platform media sosial Bank Negara Malaysia untuk info lebih lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.