Pengusaha sebuah kedai menjual kenderaan terpakai di Jalan Langgar, Alor Setar, Firdaus Sharifuddin selesai menyerahkan geran dan cukai jalan kereta jenis Proton Persona kepada Mohd. Azlan Ishak, 36, semalam.
“Bila dah bagi sebagai hadiah, tak bolehlah nak ambil balik kerana ia untuk kegunaan bayi dan urusan Azlan sekeluarga,” katanya.
Advertisement

Menurut Mohd. Azlan dan Norhidayu Halim, mereka yang merupakan pasangan tular selepas membawa bayi berusia 11 bulan menaiki motosikal dengan memakai alat pernafasan selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Maarufi di Seberang Kota, Kuala Kedah, kira-kira pukul 6 petang semalam.
Geran kereta tersebut telah ditukar nama kepada Mohd. Azlan selepas selesai majlis pernikahan tersebut.
“Selain geran kereta, saya juga hadiahkan buku panduan lengkap solat serta berkaitan soal jawab agama sempena pernikahan mereka.
“Saya ucapkan tahniah kepada Azlan dan isteri, semoga hubungan kekal sehingga ke jannah. Jaga bayi elok-elok kerana anak itu anugerah dan juga ujian daripada Tuhan, selepas ini urus hidup ke jalan yang betul,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online