Seorang wanita bertindak untuk menyerbu sebuah pusat snuker dengan ‘hanger’ atau penyangkut baju mendapat perhatian warganet di media sosial.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok Hairie Daniel, wanita tersebut yang juga ibunya telah ke pusat snuker untuk mencari salah seorang ahli keluarga mereka.
@hairiedaniel27 polis pencen Mai melawat anak 🤣 #dirotanibu #fyp ♬ Funny - Gold-Tiger
Advertisement
Malah, wanita tersebut turut ditemani beberapa ahli keluarga yang lain dan semasa ‘serbuan’ dilakukan kelihatan anak kepada wanita itu sedang leka bermain snuker bersama beberapa rakannya sebelum menyedari kehadiran ibunya.
“Polis pencen mai melawat anak,” tulisnya.
Pelbagai ragam dan reaksi warganet terhadap video tersebut kerana ramai juga pernah mengalami situasi yang sama.
Sumber: Kosmo Online