Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gegar Vaganza 12 Bakal Gegar Dunia Hiburan: Nubhan, Mark Adam, Shae Antara 13 Bintang Hebat Rebut Gelaran Juara

gegar vaganza 12 bakal gegar dunia hiburan: nubhan, mark adam, shae antara 13 bintang hebat rebut gelaran juaraFoto: Gempak

Program realiti paling popular Malaysia, Gegar Vaganza (GV) kembali lagi untuk musim ke-12 dengan barisan peserta yang menjanjikan ledakan nostalgia dan kehebatan vokal luar biasa. Kali ini, GV hadir dengan konsep baharu  ‘GV-Verse’, sebuah dimensi istimewa yang meraikan keunikan dan kehebatan bintang-bintang legenda dari era 1980-an hingga 2000-an.

Advertisement

Musim ini menyatukan 13 bintang solo dan kumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, semuanya bersedia untuk mencipta magis baharu di pentas yang menjadi saksi lahirnya juara-juara lagenda sebelum ini.

Dari Malaysia, barisan peserta terdiri daripada nama-nama besar seperti Dato’ Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam dan Nubhan, selain duo pop ikonik Freshies (Ejie dan Shima) yang bakal menghidupkan semula irama nostalgia tempatan.

Sementara itu, Indonesia membawa warna muzik tersendiri dengan penyertaan Shae, Ruri Repvblik dan trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang pastinya menghangatkan lagi persaingan. Singapura pula mempertaruhkan penyanyi berkarisma Iskandar Ismail, yang dikenali dengan keunggulan vokalnya.

Menariknya, musim ini turut menampilkan kemunculan misteri SHY8 sebagai peserta wildcard, menambah elemen kejutan dengan gaya persembahan yang unik dan penuh eksperimentasi.

Gegar Vaganza 12 bakal bersiaran secara langsung selama 12 minggu dari MBSA Shah Alam bermula 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Rancangan ini akan terus dikemudikan oleh duo pengacara hebat, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

GV12 juga boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka, manakala pelanggan baharu boleh melanggan Pek Astro One dengan hanya RM49.99 sebulan. Untuk pengalaman tontonan lebih lancar, tingkatkan pakej anda bersama Astro Fibre 500Mbps dan Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari http://www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk maklumat lanjut.

SINAR Muzik Retro Terbaik