Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gaduh Atas Padang, Pemain Popular Berpisah Dengan Isteri

Penyerang Sepanyol, Alvaro Morata dan isterinya Alice sah telah berpisah selepas tamat final Euro 2024.

Morata antara tonggak skuad kendalian Luis de la Fuente yang menewaskan England untuk muncul juara Euro 2024 pada 15 Julai.

Advertisement

gaduh atas padang, pemain popular berpisah dengan isteri

Selepas tamat perlawanan, kapten Sepanyol itu meraikan kejayaan dengan isterinya Alice Campello, 29, dan empat anak mereka.

Namun, pasangan itu mula bergaduh sehingga berlaku perselisihan faham dan ia berpanjangan sehingga mereka bercerai Ogos lalu.

Menurut pendedahan Marca, perbalahan mereka bermula selepas Alice hanya mahukan dia dan anak-anak serta rakan masuk ke padang meraikan kemenangan pasukan bersama suaminya, meninggalkan ibu bapa Morata dan keluarga lain di tepi padang.

Dua bulan kemudian pada Ogos lalu, pasangan terbabit berpisah selepas tujuh tahun berkahwin. 

Bagaimanapun, kedua-duanya menegaskan mereka masih saling menyayangi dan menafikan khabar angin Morata menjalin kasih dengan wanita lain.

“Selepas menimbangkan beberapa perkara, saya dan Alice membuat keputusan untuk berpisah. Keputusan amat berat selepas tujuh tahun penuh dengan kasih sayang serta dihiasi dengan empat anak.” kata penyerang berusia 31 tahun di Instagram.

Penyerang Sepanyol itu mahu perpisahan itu segera dilaksanakan dan dia sedia mematuhi perjanjian hartanah komuniti yang ditandatangani mereka.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik