Seorang pakar falak terkenal tanah air tidak menolak kemungkinan bahawa banjir beberapa kawasan di negara ini pada 18 September lalu disebabkan Supermoon.

Menurut Prof. Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin, beliau memaklumkan air laut di pantai akan mengalami situasi pasang besar sepanjang tempoh berlaku fenomena berkenaan.
Advertisement
“Kelazimannya, apabila terjadi Supermoon, maka ini bermakna jarak kedudukan bulan itu berada paling hampir dengan bumi atau dirujuk saintis falak sebagai perigee,” katanya.
Tambahnya, bekliau juga berkongsi perkara itu ketika ditanya mengenai kaitan antara bulan dan peristiwa banjir di banyak kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia yang agak luar biasa.
Malah, bulan pada 18 September lalu dilaporkan agak dekat dengan bumi iaitu jarak 357,486 kilometer sahaja ketika berlaku Supermoon pukul 2.34 pagi GMT (10.34 pagi waktu Malaysia).
Kedudukan berkenaan disifatkan lebih hampir berbanding Supermoon yang pertama kali muncul untuk tahun ini pada 20 Ogos lepas dengan jarak direkodkan 361,970 kilometer.
Sumber: Kosmo Online