Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fenomena Ribut Suria Dahsyat Melanda Bumi

Ribut suria dahsyat membadai Bumi semalam yang menyebabkan fenomena Cahaya Utara boleh dilihat lebih jauh ke selatan berbanding biasa.

fenomena ribut suria dahsyat melanda bumi

Menurut pusat Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), ribut suria itu dikategorikan pada Tahap 4 dalam skala 5 peringkat dan ia dikesan semalam dari pukul 11 malam (waktu Malaysia).

Advertisement

Namun, penduduk diminta untuk tidak panik kerana keadaan tersebut dijangka berlarutan selama beberapa jam tetapi dijangka tidak menjadi lebih buruk.

“Ribut  geomagnetik (ribut suria) kuat berlaku menyebabkan fenomena Cahaya Utara (aurora)  boleh dilihat jauh ke selatan hingga ke Alabama dan utara California,” katanya.

Namun, ribut itu boleh mencetuskan kesan negatif yang boleh mengganggu frekuensi tinggi komunikasi, satelit selain menyebabkan bebanan berlebihan pada grid elektrik.

Ribut suria disebabkan oleh hamburan jisim korona (CNE) yang merupakan letusan partikel yang meninggalkan Matahari. Apabila partikel itu tiba di Bumi, ia boleh menjejaskan medan magnetik planet ini.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik