Pemain kebangsaan, Faisal Halim membuat kejutan apabila ramai peminat bola sepak tempatan melihat dirinya dalam sebuah video iklan makanan.

Ia sedikit sebanyak mengubat rasa rindu buat peminatnya setelah sekian lama tidak beraksi.
Advertisement
Menurut perkongsian di laman Instagram, Faisal Halim dilihat sangat bersahaja dan tidak kekok berlakon menjayakan watak yang diberi dalam iklan tersebut.
Namun, pergerakan Faisal Halim masih dilihat terbatas ekoran kesan melecur di tangan sebelah kiri yang masih ditutupi dengan sarung tangan.
Malah, dia masih kelihatan keceriaan dalam mengiklankan produk makanan tersebut meskipun kesan melecur di bahagian muka dan tangan tampak jelas kelihatan.
Sumber: Kosmo Online