Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Esok Penentu Nasib 18 Bekas Penuntut UPNM Terlibat Kematian Zulfarhan

Kes kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain mendapat perhatian dan kecoh di media sosial di kalangan masyarakat.

esok penentu nasib 18 bekas penuntut upnm terlibat kematian zulfarhan

Namun, nasib enam penuntut bekas Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh akan diketahui di Mahkamah Rayuan esok.

Advertisement

Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Keputusan sama ada kesemua mereka kekal dipenjara 18 tahun atau sebaliknya akan ditentukan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama dua lagi hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Ia yang mana panel hakim telah selesai mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak dalam rayuan silang selama tiga hari yang bermula pada 14 Mei lalu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik