Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cubaan Lima Ahli GISBH Larikan Diri Ke Thailand Gagal?

Lima lelaki ditahan pihak polis termasuk merampas kenderaan yang mempunyai lambang GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah.

cubaan lima ahli gisbh larikan diri ke thailand gagal?

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, pihaknya memaklumkan Unit Risikan Sempadan Zon Utara menahan kenderaan jenis rekreasi (motorhome) serta kereta jenis perodua Myvi sekitar pukul 6 petang tadi.

Advertisement

“Hasil pemerhatian terhadap kenderaan itu mendapati ia bergerak ke Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

“Tindakan pemeriksaan dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah dan berjaya menahan kenderaan itu serta lima lelaki,” katanya kepada media, hari ini.

Tambahnya, kelima-lima yang ditahan berusia antara 28 hingga 41 tahun dan kenderaan digunakan turut dirampas.

“Soal siasat awal dan proses dokumentasi terhadap semua suspek berkenaan sedang dijalankan.

“Tangkapan dan rampasan terbabit akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik